Thursday, December 22, 2011

Pesakit tikam doktor didakwa


LAN PENG (kiri) diiringi anggota polis masuk ke Mahkamah Majistret George Town semalam.


GEORGE TOWN – Gara-gara marah kerana lambat diberi rawatan, seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menikam seorang doktor menggunakan sebilah pisau pemotong buah pada 15 Disember lalu.

Bagaimanapun, Goh Lan Peng, 67, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Aini Yusoff.

Mengikut kertas pertuduhan, Lan Peng didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Lee Kok Seng, 63, dengan menggunakan sebilah pisau pada pukul 9.15 malam di dalam bilik rawatan Klinik Lee, No. 29, Jalan Magazine.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan sebatan.

Dalam prosiding itu, Lan Peng memohon kepada mahkamah supaya dia dibebaskan dengan wang jaminan yang dikurangkan atas alasan dia mempunyai penjamin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: