Sunday, December 18, 2011

Peminat marah Yuna




KALAU sebut sahaja nama Yuna, memang ramai yang cukup suka dengan gadis yang cukup manis ni. Bukan sahaja lagu yang Yuna yang orang suka tetapi penampilan Yuna turut menjadi ikutan ramai sebab dia yang manis bertudung tetapi cukup trendy.

Cuma minggu lalu ramai sangat yang marah-marah dengan Yuna. Kata mereka pakaian yang dipakai oleh Yuna dalam video klip Someone Out Of Town memang tak kena.

Syed sempat juga buka video klip tersebut. Kalau tengok pada penampilan Yuna di dalamnya macam tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma dalam tu Yuna hanya mengenakan legging yang menampakkan sosok kaki Yuna.

Mungkin sebab itu yang membuatkan peminat Yuna marah. Ada yang kata seluar tu memang tak sesuai langsung dengan imej bersih Yuna yang bertudung.

Ada pula yang marah-marah pada Syed mengatakan yang Yuna adalah ikon kepada berjuta-juta peminat. Bila Yuna pakai orang akan ikut. Jadi mereka risau kalau lepas ni ramai pula yang pakai lengging tak bertudung litup. Terus jadi tak manis.

Dalam situasi macam ni mungkin ada benarnya kata-kata yang dilemparkan oleh sesetengah peminat Yuna. Tapi itu bukan alasan untuk peminat terus jatuh hukum pada kekasih kepada Qi ini.

Mungkin Yuna pun tak perasan seluar yang dia pakai akan menimbulkan rasa kurang senang peminatnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: