Sunday, December 18, 2011

Najwa berhenti Mac 2012


NAJWA memiliki enam buah gitar yang digunakan secara bergilir-gilir ketika membuat persembahan.


KETIKA nama pencipta laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg menjadi sebutan ramai, gadis genit dari Batu Pahat, Johor ini mengambil peluang. Fenomena Facebook yang dicetuskan oleh Zuckerberg dijadikan modal oleh Najwa Latif untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul Cinta Muka Buku.

Bermula sekadar lagu suka-suka ciptaannya bersama kakak, Ika Latif, lagu itu turut menjadi fenomena selepas dimuat naik ke laman YouTube.

Perjalanan dunia seni Najwa, 16, jika dihitung hampir sama dengan kerjaya penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber, 17. Kedua-dua mereka popular kerana YouTube.

Selepas single pertamanya itu berjaya, Najwa kini tampil dengan single kedua, Carta Hati.

Setelah Cinta Muka Buku layak ke pusingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), dia semakin yakin dengan kemampuannya.

Gadis dengan nama penuh Imratul Najwa Abdul Latif ini mengorak langkah untuk muncul dengan sebuah album pada tahun hadapan.

"Material untuk album dengan lima buah lagu itu sudah ada.

"Sekarang hanya menunggu masa untuk melakukan proses rakaman. Saya akan menampilkan penyanyi luar dalam dua buah lagu tetapi siapakah penyanyi itu belum dapat diberitahu lagi," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.

Jelas Najwa, seorang penyanyi Malaysia yang kini merantau di Indonesia akan berduet bersamanya dalam sebuah lagu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: