Malayan Banking Bhd (Maybank) melancarkan perkhidmatan Maybank eCustody yang menyokong dan mengambil alih perkhidmatan urus niaga perbankan elektronik serantau.
Timbalan Presiden dan Ketua Jualan Perbankan Maybank, Abdul Farid Alias berkata, perkhidmatan terbaru itu dilengkapi dengan final link dalam perbankan yang menawarkan keseluruhan transaksi elektronik kumpulan kepada pelanggan.
“Pelancaran perkhidmatan eCustody merupakan modul terbaru atas talian dalam portal perbankan urus niaga elektronik, Maybank2E.net, sekali gus menjadinya bank pertama negara yang memperkenalkan platform berasaskan elektronik dan Internet kepada pelanggan,” katanya.
Menurutnya, Maybank eCustody direka cipta bagi memastikan ia memberikan perkhidmatan terbaik dan didatangkan dengan ciri-ciri yang didorong oleh pelanggan setanding dengan bank global utama negara.
Perkhidmatan eCustody boleh didapati untuk semua pelanggan sedia ada termasuk pengurus aset, GLC, pemegang amanah serta institusi kewangan lain.
“Maybank yakin dengan perkhidmatan terbaru ini akan meningkatkan pendapatan 20 peratus menjelang tahun depan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: