Maybank IB pengatur utama

Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) yang menyertai Bank Antarabangsa Teluk B.S.C (GIB) sebagai salah satu pe­nga­tur utama menyelaras konsortium bank antarabangsa, telah berjaya menyelesaikan kemudahan 8.5 bilion Saudi Riyal (ASD2.27 bilion) untuk Saudi Binland Group Limited (SBG).

Maybank IB adalah salah satu daripada pengatur utama untuk penempatan Kemudahan Sindiket Islam Pelbagai Pilihan yang turut disertai 12 institusi antaranya Bank Komersial Abu Dhabi, Maybank Antarabangsa (L) Ltd, dan Kumpulan Ke­wangan Samba.

Seterusnya, hasil daripada kemudahan ini akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada projek perluasan Lapangan Terbang King Abdulaziz Saudi Arabia dan telah diberikan kepada SBG oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi pada 13 November lalu.