Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) memperkenalkan peraduan MAS, Fly Me There! kepada pelanggan di Malaysia, Australia dan United Kingdom.
Untuk menyertai peraduan itu, klik like pada lembaran Facebook Malaysia Airlines dan klik tab MAS, Fly Me There! pada panel kiri laman sesawang.
Kemudian pilih satu atau dua daripada destinasi ditawarkan yang ingin anda kunjungi. Jika anda tinggal di Malaysia, buat pilihan untuk melawat sahabat handai anda di United Kingdom atau Australia, atau kedua-duanya.
Apabila selesai, peserta perlu meraih undi bagi keluarga dan sahabat mereka yang tinggal di negara-negara yang dipilih, melalui lembaran Facebook.
Seramai 10 peserta yang mendapat undi terbanyak bagi satu daripada dua destinasi berkenaan akan menjadi pemenang.
Setiap pemenang akan menerima dua tiket kelas ekonomi bagi penerbangan pergi balik ke destinasi tersebut, kata MAS dalam satu kenyataan.
Peraduan itu berakhir pada 18 Disember 2011, dan pelanggan boleh melayari www.facebook.com/malaysiaairlines untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: