Monday, December 5, 2011

Lambang maskulin Breitling


JENAMA dari Switzerland ini sinonim dengan imej juruterbang.


JENAMA jam tangan terkemuka dunia, Breitling, telah menjalankan pameran selama tiga hari bermula 3 hingga 6 November lalu di Pavilion, Kuala Lumpur bagi memperkenalkan koleksi jam tangan 2011 kepada orang ramai.

Pameran yang digelar Pure Breitling itu turut memperkenalkan edisi terhad jam tangan Brietling Avenger Seawolf Blacksteel dengan penegasan warna kuning pada reka bentuk aksesori mewah itu.


KUNING menjadi warna dominan pada paparan wajah aksesori mewah ini.


Jenama yang sinonim dengan imej juruterbang lelaki dari Switzerland itu mendedahkan bahawa jam tangan edisi terhad itu hanya dihasilkan sebanyak 100 unit di seluruh dunia.

Menggunakan simulasi berangka bagi membentuk geometri sempurna, Avenger Seawolf Blacksteel direka terperinci bagi menahan tekanan sehingga pada paras 3,000 meter.

Selain itu, ia juga dikatakan istimewa kerana memiliki injap keselamatan yang membolehkannya mengimbangi perbezaan tekanan dalam dan luar jam tangan tersebut.

Apabila tekanan dalaman mencecah hampir tiga bar, injap tersebut akan bertindak secara automatik mengosongkan helium yang terhasil ketika tekanan itu berlaku sekali gus mengelakkannya daripada pecah.

Mereka yang berminat bolehlah berkunjung ke Sincere Watch for Malaysia di Pavilion atau pun Suria KLCC bagi mendapatkan koleksi terbaharu Breitling.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: