JOHOR BAHRU - Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor merancang untuk menambah 50 pondok bit polis tahun depan demi memberi jaminan kepada masyarakat berhubung komitmen pihak berkuasa dan kerajaan dalam memerangi jenayah.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya juga sudah menerima 16 daripada 138 rumah yang dibeli oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda) untuk dijadikan Pos Komuniti Polis (CPP) bagi tujuan sama.
“Agenda keselamatan merupakan agenda terpenting kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.
“Sukacita ingin saya katakan bahawa pelaburan dalam infrastruktur keselamatan yang dilaksanakan kerajaan amat membanggakan. Buat masa ini, sebanyak 31 pondok bit pondok bit polis sudah diwujudkan di seluruh negeri dan akan ditambah tiga menjelang penghujung tahun ini.
“Tahun depan, saya sudah membuat permohonan untuk mewujudkan 50 buah pondok bit dan ia tidak termasuk dengan 138 rumah yang dibeli serta diubahsuai oleh Irda untuk dijadikan CPP buat polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pondok Bit Polis Rumah Pangsa Perkasa, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, semalam.
Turut hadir, Ahli Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Heng; Ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh dan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan.
Menurutnya, kewujudan pondok bit polis berjaya memberi keyakinan kepada orang ramai berhubung kehadiran pihak berkuasa sekali gus tidak memberi ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan sebarang salah laku jenayah.
Bagaimanapun, katanya, seluruh masyarakat digesa supaya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis dengan meningkatkan interaksi dalam usaha mengurangkan kadar jenayah di sesuatu tempat.
“Dua anggota yang di tempatkan bertugas di pondok bit polis akan bertindak menerima sebarang laporan, melakukan rondaan dan saling kenal serta mendengar rintihan keluhan masyarakat di samping mengeratkan jalinan perhubungan.
“Senjata paling canggih untuk memerangi jenayah sebenarnya adalah kerjasama daripada masyarakat. Bila wujudnya interaksi yang baik antara polis dan masyarakat, saya penuh yakin ia tidak memberi peluang penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya.
Sementara itu, katanya, IPK Johor kini sedang merangka satu kajian dalam talian (online) untuk dijawab oleh masyarakat di negeri ini bagi mengumpul data demi bagi memantapkan strategi memerangi jenayah, dalam tempoh terdekat.
Sunday, December 4, 2011
Komitmen polis perangi jenayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: