Kisah benar dalam Princess Atsu

Atas sambutan memberangsangkan terhadap drama bersiri Korea, Jewel In The Palace, TV Alhijrah membawakan siri terbaru, Princess Atsu bermula 26 Disember, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.30 petang.

Drama 50 episod ini, digarap dengan jalan cerita hebat dan lakonan berkesan Miyazaki Aoi sebagai Princess Atsu sehingga mencapai rating tertinggi di Jepun.

Tambah meyakinkan, drama ini turut diterima baik dan ditayangkan di tujuh negara termasuk Brunei, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

Princess Atsu adalah kisah benar perjalanan hidup wanita berpengaruh, celik politik dan mempunyai keazaman hidup tinggi menempuh zaman pergolakan Jepun pada abad ke-19.

Okatsu dilahirkan dalam keluarga Iamizumi, salah sebuah keluarga di dalam puak Shimizu dari Satsuma. Dilahirkan dalam keluarga bahagia, namun pada usia Okatsu 18 tahun dia diambil keluarga angkatnya, Shimazu Nariakira untuk dijadikan puteri tertua puak Shimizu dan diberi nama Atsu.'

Atsu dijodohkan dengan Tokugawa Iesada yang merupakan Shogun ke-13.

Perkahwinan bukan atas cinta namun akhirnya membuat Okatsu benar-benar jatuh cinta pada peribadi suaminya.

Ketika kuasa barat memberi tekanan kepada Jepun dan Shogun kehilangan cengkaman kerana kematian Tokugawa Iesada, Atsu bertanggungjawab menyelamatkan bandar Edo dari perang sivil sekali gus membuka laluan penting buat Jepun ke arah modenisasi.

Saksikan kebijaksanaan Atsu mempertahankan negaranya di TV AlHijrah!