KANGAR - Kira-kira 70 ekor kucing eksotik dari seluruh negara akan dipamer dan dipertandingkan pada Karnival Kucing Comel Perlis 2011 selama dua hari mulai 24, 25 Disember ini di Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis.
Presiden Kelab Kucing Malaysia (MCC), Khalid Rashid berkata, pelbagai kucing dari spesis yang jarang ditemui seperti Bangel, Red Dog, American Ash dan Sphinx dijangka menjadi tarikan pencinta kucing dari seluruh negara.
Menurutnya, MCC dengan kerjasama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Malaysia (Puspanita) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengadakan lebih 30 pertandingan berasaskan kucing seperti kucing jantan terkacak, kucing betina menawan dan sangkar kucing tercantik.
"Lapan spesis kucing yang jarang ditemui akan dipamerkan oleh pemilik kucing dalam setiap kategori yang dipertandingkan," katanya pada sidang media di sini semalam.
Turut hadir Pengurus Besar PKENPs, Kassim Zakaria dan Pengerusi Puspanita Perlis, Datin Nor Hayati Ahmad.
Best!
ReplyDelete