ALOR GAJAH - Akibat keletihan dan tertidur ketika memandu, seorang gadis nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas ke kiri jalan, sebelum terhumban ke dalam parit di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, Norzaini Abd Rahman, 24, yang juga pekerja kilang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Linggi.
Menurutnya, dia baru habis bekerja di Pengkalan Balak dan tidak menyedari kereta Perodia Viva yang dipandunya terbabas kerana terlalu mengantuk.
“Waktu kerja saya bermula jam 8 malam hingga 7.30 pagi. Ketika kejadian, saya memang tidak sedar stereng kereta semakin menghala ke kiri jalan dan hanya terjaga apabila kenderaan sudah terbalik dalam parit berlumpur.
“Memang panik dan terkejut apabila air lumpur mula memasuki kereta dan saya pula sukar menyelamatkan diri kerana pintu susah untuk dibuka, menyebabkan saya terpaksa keluar menggunakan pintu bahagian penumpang,” katanya kepada Sinar Harian.
Norzaini, anak ketiga daripada lima beradik berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan yang serius walaupun keretanya terhumban dan terbalik.
Sementara itu, saksi kejadian, Ghazali Ani, 41, berkata, ketika kejadian, dia dari arah Kuala Linggi menuju ke pekan Kuala Sungai Baru.
“Saya terkejut melihat kereta mangsa meluncur laju ke kiri jalan tanpa menekan brek.
“Saya segera berpatah balik dan melihat mangsa cuba menyelamatkan diri dalam keadaan panik serta ketakutan,” katanya.
Thursday, December 22, 2011
Akibat terlelap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: