LIMA, Peru - Penyanyi terkenal, Jennifer Lopez menjalani penggambaran program realiti terbaharu terbitannya, Q'Viva: The Chosen di sini.
Lopez yang terkenal dengan panggilan JLo, 42, mengumumkan ketibaannya di Peru sebelum ini di laman Twitter.
Menurut mesejnya di laman itu, penyanyi tersebut menyatakan dia amat teruja untuk mencari bakat baharu penghibur dalam program tersebut.
Dia dilaporkan tiba di sini dengan dua anaknya, Max dan Emma serta kekasihnya yang merupakan seorang penari yang lebih muda daripadanya, Casper Smart yang berusia 24 tahun.
Program itu diterbitkan dengan kerjasama penyanyi Marc Anthony yang telah berpisah dengannya selepas mereka mengumumkan perceraian baru-baru ini.
Kelmarin, JLo merakamkan salah satu episod program itu apabila dia menendang sebiji bola.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: