Monday, December 5, 2011

Bandar lengang kerana bom Perang Dunia Kedua


BEG-BEG pasir diletakkan di sekeliling bom milik tentera Britain di Sungai Rhine, Koblenz kelmarin.


BERLIN - Pusat bandar Koblenz semalam kosong selepas 45,000 orang termasuk banduan dari sebuah penjara meninggalkan bandar itu sebelum tiga butir bom Perang Dunia Kedua dipindahkan dari tepi sebatang sungai.

Bom itu ditemui pada minggu lalu selepas paras air surut akibat kekurangan hujan.

Ia merupakan perpindahan penduduk yang paling ramai ekoran bom Perang Dunia Kedua yang tidak meletup dalam sejarah Jerman.

Bom itu dan sebutir bom milik Amerika Syarikat (AS) yang lebih kecil dan terletak berdekatan akan dimatikan.

Ia turut ditemui selepas paras air sungai surut.

Sebutir bom lagi yang terletak dekat dengan dua lagi butir bom tersebut mungkin akan diletupkan.

Bandar Koblenz dihujani dengan bom dari udara menjelang perang tersebut kerana terdapat pangkalan tentera yang utama.

Hampir separuh daripada 106,000 penduduk di bandar itu telah berpindah.

Tujuh buah sekolah di pinggir bandar dibuka untuk menjadi tempat perlindungan tetapi ia hanya dihuni seramai 330 orang.

Para banduan dari sebuah penjara dipindahkan pada Jumaat lalu ke sebuah lagi penjara.

Sebelum ini perpindahan terbesar ekoran penemuan bom yang tidak meletup dalam sejarah Jerman adalah pada 1997 di bandar Ludwigshafen.

Kira-kira 2,500 orang dipindahkan dalam operasi pemindahan bom itu.

Namun, bom itu meletup secara tidak sengaja semasa operasi pemindahan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: