PELAKON terkenal, Jennifer Garner mengakui sanggup melakukan apa sahaja untuk suaminya yang tersayang, Ben Affleck.
Aktres berusia 39 tahun yang kini sedang hamil anak ketiga itu berkata, kedua-duanya sedar mereka tidak boleh hidup tanpa satu sama lain dan tahu betapa pentingnya untuk menunjukkan kasih sayang sesama mereka.
“Kami berdua tahu kami tidak akan mampu melakukan sesuatu tanpa satu sama lain. Ben selalu berkata, sekiranya awak suka perkara itu, kita berdua akan melakukannya bersama-sama.
“Ben tahu bagaimana untuk mengambil hati saya melalui bahasa tubuhnya. Bagi saya, dia sangat manis dengan cara itu. Secara jujurnya, saya sanggup lakukan apa sahaja untuk lelaki ini kerana saya tahu dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikan,” katanya.
Jennifer yang juga ibu kepada Violet, 6, dan Seraphina, 2, turut menyatakan, kandungannya yang ketiga ini membuatkannya kehilangan berat badan kerana sering mengunyah makanan ringan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: