Tuesday, December 13, 2011

Jennifer Aniston, Wanita Berpengaruh Sepanjang Zaman

Jenifer Aniston.

PELAKON siri Friends, Jennifer Aniston, 42, dinamakan sebagai wanita berpengaruh sepanjang zaman oleh Menshealth.com atas pesona yang dimilikinya selain digemari oleh peminat.

Contactmusic melaporkan, editor Menshealth.com sebelum itu telah melakukan saringan untuk menobatkan gelaran itu selain melakukan kaji selidik terhadap beberapa nama besar di Hollywood termasuk yang telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, Jennifer dalam satu laporan menyatakan dirinya tidak layak dengan gelaran itu kerana merasakan ada individu lain yang lebih berhak menerima penghargaan tersebut.

Ujarnya, nama seperti Brigitte Bardot atau Gloria Steinem lebih sesuai menerima gelaran itu kerana sumbangan mereka yang lebih besar.

Selain Jennifer, nama lain yang tersenarai adalah Angelina Jolie, Scarlett Johanson, Megan Fox, Heidi Klum dan Salma Hayek.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: