KUALA LUMPUR - Warden Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang secara rasminya mengambil alih tugas polis trafik di ibu kota sejak November lalu dianggap satu inovasi kepada pihak berkuasa tempatan itu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, warden yang terdiri daripada penguat kuasa DBKL itu kini menjaga sebanyak sepuluh simpang utama di ibu kota terutama pada waktu puncak.
"Setakat ini, DBKL menerima maklum balas yang baik dan orang ramai menerima baik warden trafik DBKL," katanya selepas melancarkan pakaian seragam baharu pegawai dan anggota penguat kuasa DBKL di sini semalam.
"Sebanyak 215 anggota warden terlatih telah mengambil tugas ini dan sebanyak 400 anggota baharu akan ditambah tidak lama lagi," ujarnya.
gila kuasa bnyak
ReplyDelete