Friday, December 9, 2011

Tren KTMB tergelincir di Taiping


BEBERAPA petugas melakukan kerja baik pulih selepas tren KTMB tergelincir dari landasan di Taiping semalam.


TAIPING – Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara bandar mengalami gangguan apabila tren Ekspres Sinaran Utara tergelincir dari landasan berdekatan Kilometer 103.7 di sini semalam.

Kejadian pukul 1.45 petang di antara Taiping-Padang Rengas berdekatan Bukit Berapit itu membabitkan tren dari stesen Sentral Kuala Lumpur ke Butterworth.

KTMB dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian tersebut telah menyebabkan 160 penumpang terpaksa dipindahkan ke stesen Padang Rengas dari lokasi insiden berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerja-kerja membaikpulih landasan dan mengalihkan tren sedang dijalankan.

“Kejadian menyebabkan perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Utara (No.10) dibatalkan dan penumpang telah dipindahkan dari stesen Padang Rengas ke stesen Butterworth.

“Perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Utara (No.11) ke Selatan pula terpaksa ditamatkan di stesen Bukit Mertajam dan penumpang dipindahkan dari stesen Bukit Mertajam ke stesen Sentral KL,” kata kenyataan itu di sini semalam.

1 comment:

  1. YB. Yau (Pokok Assam, Taiping) tiba di tempat kejadian, utk mendapat gambaran yang lebih dekat

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: