Tuesday, December 6, 2011

IVC Saji Destinasi Eksotik

Rekabentuk ikonik Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa di Bagan Lalang, Sepang.

TERSERGAM indah sepanjang hampir satu kilometer di pesisir pantai dekat Sepang Gold Coast, Selangor adalah Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, mercu tanda pelancongan ikonik negara yang pernah disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai resort berbentuk pokok palma terpanjang di tanah air.

Golden Palm Tree yang mengambil konsep sama seperti Palm Jumeirah, Dubai menawarkan 392 villa mewah terapung dalam kedudukan terlindung dengan pemandangan indah menghadap Selat Melaka.

Terbahagi kepada lima kategori iaitu Travelers Palm Villa, Premier Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa, Ivory Palm Villa dan Royale Palm Villa, kesemua villa penginapan berada dalam kedudukan terapung dan dilindungi bumbung alang-alang untuk menghidupkan konsep eksotik mewah di tengah lautan.

Kesemua villa juga dilengkapi pintu panel kaca berbingkai kayu yang mendedahkan dek persendirian bersaiz luas antara 52 hingga 232 meter persegi sebagai ruang privasi bagi aktiviti yoga atau santai bersama keluarga.

Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran Antarabangsa (Hartanah dan Keahlian) Iconic Vacation Club, Steven Yap berkata, keahlian Iconic Vacation Club (IVC) dicetuskan pada awal pembangunan projek Golden Palm Tree untuk membuka peluang kepada ahli-ahlinya mengunjungi Golden Palm Tree setiap tahun dan menikmati percutian mewah di destinasi rakan kongsinya seluruh dunia.

Pengalaman ikonik dalam persekitaran unik ditawarkan semua jenis penginapan Palm Villa.

Usaha itu dilakukan bagi meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan bertaraf tinggi kepada para pengunjung dalam jangka panjang.

“Keahlian IVC diharapkan dapat menjurus kepada kadar pengunjung yang lebih stabil. Ini penting untuk memastikan kami merangka khidmat layanan lebih efisien dan menepati keperluan pengunjung.

“Dalam erti kata lain, kami mahu mengurangkan tekanan ke atas pengunjung, sebaliknya benar-benar bercuti dengan tenang tanpa perlu susah-payah merancang. Sebagai ahli IVC, pelaburan anda memberi ruang kepada kami untuk menyediakan pengalaman unik dan luar biasa,” katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini.

Keahlian IVC menawarkan penginapan eksklusif di villa terapung yang terletak 1.5 kilometer di tengah lautan dengan percutian di seluruh dunia dalam tempoh lebih 20 tahun. Dalam tempoh dua tahun selepas menyertai keahlian IVC, ahli berpeluang menaik taraf kepada pekej All Inclusive yang lebih komprehensif.

Menariknya, untuk tujuh malam setahun bagi tempoh lebih dua tahun, ahli bakal menikmati penginapan super mewah, hidangan unik dan pengalaman percutian luar biasa dengan aktiviti diatur khusus mengikut citarasa anda.

Pakej keahlian IVC terbahagi kepada tiga antaranya program percutian setahun (1 Year Holiday Program) merangkumi penginapan lapan hari tujuh malam termasuk sarapan pagi untuk dua hingga empat orang dalam tempoh setahun dengan pilihan studio villa atau villa dua bilik tanpa yuran penyelenggaraan dan pentadbiran.

Restoran Perahu berkonsep terbuka menawarkan barbeku hidangan laut berkonsepkan Melayu.

Pemegang keahlian tersebut juga berpeluang menikmati baucer diskaun spa dan restoran dengan kadar penjimatan sehingga 50 peratus.

Pakej Gold Membership pula menawarkan penginapan lapan hari tujuh malam di Travelers Palm Villa atau pilihan mengikuti RCI Exchange Program. Ahli berpeluang menikmati penginapan dengan sarapan pagi untuk dua tahun pertama sama ada villa studio atau satu bilik.

Pemegang program keahlian selama 20 tahun ini juga berpeluang menggunakan kemudahan rumah kelab selain aktiviti-aktiviti ditawarkan juga baucer diskaun spa dan restoran di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.

Manakala Platinum Membership selama 25 tahun pula menawarkan penginapan di Canary Palm Villa, penginapan termasuk sarapan pagi untuk dua tahun pertama di villa dilengkapi dua bilik tersebut juga kemudahan rumah kelab, aktiviti sukan air dan darat serta baucer diskaun.

Keahlian IVC meliputi ribuan destinasi percutian di hampir 100 negara, menjadikan IVC salah sebuah keahlian percutian paling komprehensif di dunia pada ketika ini. IVC turut menawarkan lebih sekadar perkhidmatan percutian sebaliknya membawakan keistimewaan terunggul seperti yang belum pernah dialami selama ini.

Berkayak salah satu aktiviti pantai popular turut ditawarkan kepada pengunjung.

Pada masa yang sama, ahli IVC layak mendapat keistimewaan apabila berbelanja di World Of Sports, Bread & Butter, Mizuno, Bimba & Lola, Svenson, Celebrity Fitness, SRM, S2 Slimming, Urban Essentials, Miko, Chilla Cup, Nature’s Farm, Gintell dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.iconicvacationclub.com, www.facebook.com/IconicVacationClub atau hubungi pusat maklumat IVc di lokasi berikut:

  • Pusat Jualan & Informasi (Resort), 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg. Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor, Malaysia, T +6 03-3182 3636, F +6 03-3141 4788
  • Iconic Vacation Club (Cawangan Johor Bahru), New York Hotel Johor Bahru (Ground Floor), 22 Jalan Dato’ Abudullah Tahir, 80300 Johor Bahru, Malaysia, T +6 07-288 1211, F +6 07-331 2595
  • Iconic Vacation Club (Cawangan Pulau Pinang), M +6 012-206 6678
  • Iconic Vacation Club Bhd, 30 Jalan Pekedai U1/36, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam Selangor, Malaysia, T +6 03-5569 0800, F +6 03-5569 0900

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: