GAMBAR menunjukkan jambatan kayu menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
BAITULMAQDIS: Israel semalam membuka semula jambatan kayu ke Masjid Al-Aqsa, selepas menutupnya 48 jam sebelum itu atas alasan keselamatan mencetuskan kemarahan penduduk Islam.
“Ia dibuka semula pagi tadi, termasuk pelancong, baik Kristian mahupun Yahudi,” kata jurucakap polis, Micky Rosenfeld.
Menurutnya, tidak ada kerja dilakukan tetapi menegaskan, sebuah kereta bomba ditempatkan berhampiran dan pada masa sama, beberapa langkah keselamatan turut diambil.
“Kerja belum dimulakan lagi. Belum ada pihak yang mengubah sesuatu. Majlis Perbandaran memutuskan ia boleh digunakan semula,” kata Rosenfeld.
Struktur itu mencetuskan perbalahan antara majlis berkenaan dengan masyarakat Yahudi dan Islam yang masing-masing bertanggungjawab menjaga Tembok Ratapan dan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang bersebelahan dengannya.
Majlis itu sebelum ini mendakwa, jambatan itu terdedah kepada kebakaran dan ia mungkin runtuh di ruang untuk wanita di Tembok Ratapan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: