Friday, December 9, 2011

Honda Malaysia tawar warna baharu CR-Z


TIGA warna baharu CR-Z dijangka melonjakkan lagi jualan kereta hibrid di Malaysia.


KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) mengumumkan penawaran warna baharu untuk model kenderaan hibridnya, Honda CR-Z yang bakal hadir dalam warna storm silver metalic, milano red dan crystal black pearl pada awal tahun 2012.

Model tersebut sebelum ini hanya ditawarkan dalam warna premium white pearl, namun tetap berjaya menawan hati pengguna tempatan dan merekodkan lebih 300 tempahan dalam tempoh sebulan selepas pelancaran.

Ketika dilancarkan pada awal bulan November lalu, sasaran penjualan model tersebut hanya sebanyak 100 unit menjelang hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: