Pizza

Syarikat penghantaran piza terkemuka negara, Dommal Food Services Sdn Bhd, menerusi jenama Domino’s Pizza Malaysia (Domino’s) optimis capai sasaran jualan dua kali ganda bagi produk terbarunya, Double Decker Crust, yang baru diperkenalkan.

Ketua Pegawai Operasi Domino’s Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting, berkata, sasaran itu turut disokong oleh sambutan yang menggalakkan dengan peningkatan jualan sebanyak tujuh peratus sebelum hari pelancaran rasminya semalam.
“Menu Double Decker Crust ini disasarkan kepada penggemar piza dengan kelebihan sos keju Cheddar sehingga 35 peratus dan 100 peratus keju Mozzarella.
“Pelancaran produk baru ini adalah sejajar misi kami untuk menawarkan produk terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan dengan harga yang sama,” katanya, ketika melancarkan Double Decker Crust, di Kuala Lumpur.
Menurutnya, hidangan Cheese Burst ditawarkan de­ngan harga RM55 termasuk set biasa Double Decker Crust bersama topping pilihan, set tambahan Crazy Chicken Crunchies, roti Twisty dan gegelang bawang putih berkeju dengan penjimatan sehingga RM22.
Katanya, hidangan Double Decker Crust boleh didapati dalam set biasa dan besar atau ala carte hanya bagi pasaran semenanjung Malaysia.
Sementara itu, Shan-Ting berkata, bagi mengukuhkan lagi kedudukan sebagai syarikat penghantaran piza nombor satu negara, Domino’s bakal membuka 23 lagi cawangan di seluruh Semenan­jung Malaysia menjelang akhir 2012 dan hanya akan membuka cawangan di Sabah dan Sarawak selepas dua tahun akan datang.