|
|
MENJELANG perayaan Krismas pada 25 Disember ini, artis Hollywood sibuk membuat persiapan termasuk membeli hadiah untuk ahli keluarga dan sahabat handai. Bagaimanapun hal itu seperti tidak terjadi buat aktres Sandra Bullock.
Bullock dalam satu temu bual bersama Access Hollywood secara berjenaka memberitahu, dia tidak membeli apa-apa hadiah buat anaknya yang kini hampir berusia dua tahun, Louis.
“Apabila kita kurang memberi, mereka akan lebih kurang membuat jangkaan. Jadi apabila saya tidak memberi dia apa-apa, dia tidak punya jangkaan hadiah untuk tahun hadapan,” ujar akstres berusia 47 tahun itu.
Tambahnya, dia tidak kisah jika apabila anaknya membesar, dia akan dikecam kerana kedekut atau memanggil dia sebagai ibu yang teruk.
“Saya akan jawab kepada semua soalannya dengan berkata selama ini saya telah memberi kehidupan yang mewah buat anda, jadi mengapa peduli tentang hadiah Krismas?,” katanya lagi sambil ketawa.
Ironi daripada kenyataan pemenang Oscar itu, dia baru-baru ini telah berbelanja mewah untuk Louis. Bullock dikatakan telah memberi ‘permainan’ dari Andy Warhol yang merupakan lukisan karya artis Patrick Roberts dengan setiap satu bernilai AS$14,000 (RM45,000).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: