![]() |
| PANDAI bergaya menyerlahkan lagi kecantikan yang dimiliki oleh Eun Hye. |
ARTIS kesayangan penulis, Yoon Eun Hye memang seorang yang pandai berfesyen atau digelar ‘fashionista’ dalam industri hiburan Korea.
Sejak meninggalkan kumpulan Baby Vox dan bergelar pelakon bermula dengan Princess Hours, penampilannya sering menjadi perhatian lensa jurugambar.
Melakonkan watak Shin Chae Kyung yang seumpama Cinderella, Eun Hye beruntung apabila berpeluang menyarung pakaian cantik selayaknya seorang puteri raja dan ini dipercayai banyak mempengaruhi gaya dia berfesyen.
Apabila dia melakonkan watak si tomboy Go Eun Chan dalam Coffee Prince, gaya potongan rambut pendeknya menjadi ikutan termasuk kalangan artis wanita Korea.
Dan apabila diberi watak gadis kaya dalam My Fair Lady, lagilah Eun Hye melaram dengan baju dan aksesori berjenama.
Yang pastinya, Eun Hye memang nampak sesuai dan menawan dalam apa jua fesyen yang digayakannya. Mungkin sebab itu syarikat pengiklanan berlumba-lumba mengambilnya menjadi model produk malah pereka antarabangsa turut menjemputnya menghadiri pertunjukan fesyen dan menawarkan gaun mewah mereka untuk diperaga.
Bulan lepas, ketika menghadiri Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2011 di Singapura, Eun Hye kelihatan cukup anggun memperagakan gaun kemban hitam daripada koleksi musim luruh Versace, lengkap dengan anting-anting dan gelang emas Cartier.
Ini bukanlah kali pertama dia dilihat mengenakan gaun mewah yang pernah diperagakan oleh model antarabangsa.
Ketika menghadiri Kempen Amal Kesedaran Kanser Payudara di Seoul, Korea Selatan pada 20 Oktober lalu, Eun Hye memilih gaun hitam sifon daripada koleksi terbaru Yves Saint Laurent. Seperti biasa untuk melengkapkan penampilannya, dia menyarung sandal Gucci.
Eun Hye membuktikan artis wanita tidak perlu sentiasa tampil seksi untuk mendapat perhatian apabila masih tampil menawan dalam jaket skirt lengan panjang separuh lutut ketika menghadiri sidang akhbar drama Lie to Me, gandingannya bersama aktor Kang Ji Hwan.
Apa yang pasti, kot butang rona khaki yang dipadankan dengan tali pinggang kuning itu adalah daripada koleksi musim bunga Burberry.
Nampaknya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki Eun Hye adalah barang berjenama. Sanggupkah anda berhabis untuk nampak anggun dan menawan macam Eun Hye?

ne bukan heroin my sassy girl chun yang ker? salah letak gambar kot..
ReplyDeletethis not eun hye la...adoiyaiiii..mcna boleh x tahu tp boleh bubuh jd entry n...
ReplyDelete