Keropok Ikan Bersira Cap Gasing keluaran Bumiputera, D’Restu Resources mengukuhkan lagi perniagaan dengan mempelbagaikan rangkaian produk keluaran syarikatnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Pengurus D’Restu Resources, Nik Suhaimi Wan Daud berkata, syarikatnya menambah beberapa produk baru keropok sira menggunakan bahan seperti ubi kentang dan ubi kayu bagi mempelbagaikan lagi keluaran.
“Pasaran jenama kami kini boleh diperoleh di sekitar Kelantan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kedah termasuk Sabah serta Sarawak yang banyak dibeli pelanggan melalui tempahan Internet.
“Selain itu, keropok ikan sira kami juga turut terdapat di beberapa universiti tempatan termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya yang baru menjalankan perniagaan itu hampir dua tahun.
Menurutnya, perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan oleh ahli keluarganya mampu menghasilkan sehingga 20,000 peket sebulan bergantung kepada permintaan pelanggan.
Katanya, walaupun jenama Cap Gasing masih baru, namun keropok ikan bersira boleh menjana pendapatan antara RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan, dengan harga pasaran antara RM1.50 sehingga RM2.
Perniagaan menggunakan modal permulaan RM20,000 untuk pembelian peralatan seperti mesin kedap udara, membesarkan ruang rumah untuk tujuan perniagaan, blok dan juga pembungkusan.
Menurutnya, bagi memastikan produk mereka menghasilkan jenama yang dapat memuaskan hati pelanggan, jenama D’restu melakukan penambahbaikan dari segi kualiti dan rasa untuk terus bersaing dengan jenama keropok ikan sedia ada di pasaran.
Friday, December 16, 2011
D’Restu Resources mahu dikenali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: