Monday, December 5, 2011

Biasiswa Yeo's untuk 10 sekolah


PARA pemenang individu menerima biasiswa, manakala sekolah pula mendapat dana pembangunan sekolah.PELAJAR perlu kreatif untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kotak minuman Yeo's untuk mendapatkan logonya. PARA pemenang individu menerima biasiswa, manakala sekolah pula mendapat dana pembangunan sekolah.


JEMIMA Lawrence pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sri Kelana, Petaling Jaya membuktikan bahawa pelajar wanita tidak kurang hebatnya dalam aktiviti mengumpulkan kotak minuman apabila menjadi juara Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo's.

Pelajar tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 15,573 logo Yeo's daripada kotak-kotak minuman Yeo's yang dikumpulnya selama tiga bulan.

Ia membolehkan Jemima menerima biasiswa sebanyak RM 5,000.

Kesungguhan Jemima itu turut membolehkan dia bersama rakan-rakannya melonjakkan nama sekolah mereka untuk menjadi johan sekolah yang mengumpul logo kotak Yeo's terbanyak.

Sekolah Kebangsaan Sri Kelana menerima dana RM5,000 untuk membantu meningkatkan pembangunan sekolah.

Sekolah berkenaan merupakan salah sebuah daripada 51 buah sekolah rendah di Lembah Klang dan Putrajaya yang terlibat dalam Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo's.

Program tersebut menjadi acara terakhir selepas beberapa siri ceramah pendidikan dan pengagihan 500,000 pek susu soya Yeo's kepada 160 buah sekolah seluruh negara dari Oktober 2010 hingga Julai 2011 dalam Program Susu Soya Sekolah Yeo's.

Ia merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo's) yang bertujuan menggalakkan kreativiti dalam menjayakan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.


PELAJAR perlu kreatif untuk mengumpulkan sebanyak mungkin kotak minuman Yeo's untuk mendapatkan logonya.


Antara 51 sekolah yang turut serta ialah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) dan Presint 11(1), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Vivekananda dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kepong 2.

Turut hadir dalam majlis pengumuman pemenang biasiswa tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi Yeo's, Ong Chay Seng dan Pengurus Besar Pemasaran Yeo's, Vincent Chui dan sekolah pemenang.

Kempen di jalanan

"Sepanjang tempoh tiga bulan Program Tajaan Biasiswa Sekolah Yeo's ini, kami telah menyaksikan kerjasama dan motivasi yang ditunjukkan oleh para pelajar dan sekolah.

"Ada yang bekerjasama dengan kedai-kedai runcit, kedai serbaneka ataupun melalui kegunaan harian di rumah," kata Vincent.

Tambahnya, apa yang membuatkannya lebih teruja apabila para pelajar mampu mengadakan kempen mengumpul kotak minuman Yeo's di kaki lima dan tepi jalan.

"Program ini telah mencapai objektif utamanya dengan menyediakan satu pentas untuk para murid untuk menunjukkan kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah masing-masing," ujarnya.

Pihak sekolah dan murid-murid telah menunjukkan minat dengan menghantarkan berpuluh ribu keping logo Yeo's daripada kotak minuman Yeo's dari Julai hingga September lalu.

Murid-murid dengan kepingan logo Yeo's yang paling banyak akan menerima biasiswa daripada Yeo's, manakala sekolah yang mengumpul kepingan logo Yeo's tertinggi berdasarkan nisbah populasi murid akan menerima hadiah tunai sebagai dana pembangunan sekolah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: