Friday, December 16, 2011

Bengkel pastri dengan Chef Liza


CHEF LIZA mempunyai pengalaman luas dalam bidang masakan termasuk pembuatan pastri.


BAGI peniaga, suri rumah tangga, usahawan dan penyedia makanan untuk majlis (caterer) yang mahu belajar membuat donat, kek dan kuih-muih tradisional Melayu jangan lepaskan peluang menyertai bengkel anjuran Chef Liza Zainol.

Peserta yang mengikuti bengkel tersebut berpeluang mempelajari petua dan teknik terbaharu yang akan dikongsi Chef Liza sendiri.

Kata Chef Liza, beliau mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan petua-petua masakan yang dikutip hasil pengamatannya lebih 20 tahun dalam bidang masakan khususnya pembuatan roti dan bakeri .

Bengkel yang akan diadakan selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Disember ini di Laman Chef Liza, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu merangkumi sesi teori dan praktikal.

“Peserta bukan sahaja diajar malah, mereka dapat mengaplikasi panduan tersebut dalam bengkel itu nanti,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Laman Chef Liza baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai bengkel tersebut beliau berkata, para peserta akan diajar cara-cara mendapatkan hasil terbaik untuk donat yang gebu, sedap dan lembut.

“Mengikut pengalaman saya sebelum ini, masih ramai peserta yang mengambil konsep agak-agak ketika membuat kek dan donat. Mereka tidak mempunyai sukatan betul, jadi, mereka mendapat hasil yang tidak sama. Kadangkala lembut dan keras, jadi bagi mengekalkan hasil yang sama kita perlu sukat agar hasilnya konsisten pada bila-bila masa,” ujarnya yang membuat pengalaman luas dalam pembuatan donat.

Menurutnya, membuat donat, kek dan kuih-muih sebenarnya mudah kalau doh asasnya dibuat dengan betul dan mengikut peraturan yang tepat.

“Selain itu, para peserta akan diberi tunjuk ajar mengenai hiasan donat yang boleh menarik perhatian pelanggan. Selain tekstur rasa donat yang lembut, hiasan juga menjadi daya penarik menambahkan lagi nilai donat,” katanya.

Bengkel yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan bermula dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang turut disediakan.

Pada 27 Disember, para peserta akan diajar cara-cara membuat donat, hari kedua pula, kek dan roti sementara hari penyediaan masakan kuih-muih.

Yuran penyertaan bagi setiap orang adalah sebanyak RM550 dan hanya 20 peserta sahaja yang dapat mengikuti bengkel itu.

Bagi peserta pertama yang mendaftar mereka berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10 peratus selain, kesemua peserta akan turut menerima sijil penyertaan.

Sehubungan itu, mereka yang ingin mengikuti bengkel tersebut boleh menghubungi di talian 012-697 8010, 019-316 0858 dan 019-203 1189.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: