Banyak cerita tak enak dikaitkan dengan AC Mizal sejak akhir-akhir ini. Antaranya dikatakan sudah jatuh gara-gara kegagalan perniagaan jualan langsungnya. Kehadirannya melancarkan rangkaian sosial baru buatan Malaysia, mface hari ini membuktikan cerita negatif itu tidak sah. AC ialah Pengerusi mface yang dilancarkan penuh meriah dengan sokongan lebih 60 selebriti popular. "Saya tahu macam-macam cerita pasal saya, ada yang kata saya mengalami masalah dan sudah jatuh. Kalau saya dah jatuh takkan saya mengadakan majlis malam ini," kata AC kepada media. Dia sentiasa memandang positif walaupun sentiasa dihujani kritikan dan sebaran cerita sensasi yang tak benar. "Saya selalu membaca fan page facebook Perdana Menteri. Dia lagi banyak dihemtam. Apalah sangat yang saya kena ni," katanya. Dalam ucapannya AC mengumumkan artis yang ada di majlisnya akan diberikan 100,000 saham mface. Seramai 60 artis akan dapat saham itu apabila mface disenarai di Bursa Malaysia bila mencecah sejuta pelanggan. Antara artis yang hadir termasuk Zizan Raja Lawak, Abby Abadi, Zain Saidin, Adlin Aman Ramli, Linda Rafar, Amyza Aznan, Azza, Maulana, Forteen, Afdlin Shauki dan ramai lagi. "Saya menawarkan saham kepada artis kerana mereka mempunyai ramaii peminat dan boleh membawa ramai pengikut menyertai mface. saya yakin dalam masa sekiitar dua bulan boleh mencecah sejuta yang menyertai mface," katanya. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: