Tuesday, September 13, 2011

Pengeluar Malaysia disaran pantau permintaan pasaran hijau

Golongan pengilang Malaysia seharusnya maklum dengan permintaan yang meningkat untuk produk hijau dan mesra-eko serta sistem di Thailand.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, ini berikutan trend yang kian meningkat di negara itu yang melaksanakan teknologi hijau.

Menurutnya, trend yang kian meningkat ke arah bangunan-bangunan mesra-eko membuka peluang baru untuk syarikat Malaysia memandangkan mereka boleh memasuki pasaran Thailand dengan membekalkan bahan bangunan dan perabot mesra-eko.

“Produk hijau yang syarikat Malaysia boleh bekalkan, termasuklah sistem penjagaan udara dan air, pembersih, sistem elektrik yang cekap dari segi penggunaan tenaga dan alat peranti, bahan mesra-persekitaran, peralatan yang cekap dari segi penggunaan air dan sistem penggunaan air.

“Malaysia juga boleh membekalkan sistem pemantauan karbon monoksida untuk tempat letak kereta bawah tanah dan sistem untuk mengumpulkan air sisa dan air hujan untuk pengaliran,” katanya dalam satu kenyataan,.

Matrade turut menasihati pengeksport Malaysia agar menggunakan pelbagai saluran pengagihan untuk memasarkan produk elektrik pengguna ke Thailand.

“Memandangkan terdapatnya trend yang kian bertambah dalam kalangan pengguna Thailand menggunakan e-perdagangan.

“Kami turut menasihati pengeksport menggunakan Internet untuk menjual dan mempromosikan produk masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: