
Dalam nota penyelidikannya semalam, OSK Research berkata, keputusan Kementerian Pengangkutan tidak mengejutkan memandangkan tindakan melobi yang dilakukan AirAsia dan MAS susulan pemeteraian perjanjian kerjasama mereka awal bulan lalu.
“Dengan pembekuan kenaikan tarif itu yang negatif kepada MAHB, perkembangan sebaliknya menunjukkan komitmen kerajaan (Khazanah) terhadap kerjasama berkenaan,” demikian menurut firma penyelidikan itu.
Jumaat lalu, kementerian menangguhkan caj perkhidmatan penumpang yang dijadual dinaikkan dari 27 peratus kepada 28 peratus berkuat kuasa 15 September ini, manakala caj pendaratan dan parkir pesawat dinaikkan secara berperingkat kepada 30 dan 64 peratus.
Caj baru perkhidmatan penumpang ditanggung oleh penumpang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: