Tuesday, September 13, 2011

Johan bakal sertai Riuh Pagi ERA

Johan bakal sertai Riuh Pagi ERA
Tuahnya bermula apabila dia menyertai program realiti, Raja lawak musim yang pertama kira-kira lima tahun yang lalu, biarpun pada ketika itu, tiada rezeki untuknya menggenggam gelaran juara, namun nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, atau Johan sudah mula mendapat perhatian dan kemudiannya diberi peluang untuk mengendalikan rancangan Raja lawak itu sebagai hos bersama-sama Zizan Razak.
Daripada situ, nama Johan dan Zizan semakin menjadi perhatian dan sehingga kini, kedua-dua mereka mempunyai kelompok peminat yang tersendiri didalam dunia lakonan ini.
Sentiasa mengejar peluang untuk maju kehadapan, Johan tidak pernah berhenti daripada mencuba sesuatu yang baru. Menerima tawaran daripada pihak radio ERA untuk menjadi menjadi salah seorang daripada ahli keluarga ERA.FM, Johan kini sudah mula keudara di radio popular itu pada setiap hari Sabtu jam 7 hingga 11 pagi.
Ternyata usahanya itu membuahkan hasil apabila slot khas buatnya itu begitu mendapat sambutan, lantas dia kini ditawarkan untuk menyertai slot, Riuh Pagi era dan bergandingan bersama Aznil Hj Nawawi, Ray dan Haniff.
"Alhamdulillah, rezeki saya, isteri, anak dan keluarga nampaknya semakin bertambah tahun ini apabila saya dipelawa oleh Radio ERA untuk menyertai mereka.
"Sejak sebulan yang lalu, saya sudah mula bersiaran setiap hari sabtu jam 7 hingga 11 pagi dengan ditemani oleh penyampai radio ERA yang lain seperti Adi, Ray dan yang lain-lainnya.
"Melihat pada sambutan yang diberikan oleh peminat, pihak radio ERA ada menawarkan saya untuk menyertai Riuh Pagi ERA, dan melihat pada tawaran mereka itu, saya menerimanya.
"Biarpun pada ketika ini masih belum ada kata putus lagi, namun untuk kedua-dua pihak, kami sudah bersetuju untuk bekerjasama.
"Ini perkara baru buat saya, namun saya harus menerima tawaran ini untuk menjaga keperluan anak dan isteri. Apa sahaja yang dirasakan berbaloi untuk kami, saya akan cuba untuk bertolak ansur.
"Saya perlu bekerja kuat untuk menyimpan wang, kerana sebagai artis, saya tidak ada kwsp (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk masa depan anak-anak saya nanti,"jelas Johan.
Tidak Mencarut
Melihat pada kepetahannya berkata-kata, sudah tentu tugas barunya sebagai seorang juruhebah nanti bukan satu tugas yang sukar. Namun, menambah lagi satu kerjaya dalam profile hidupnya, sudah tentu Johan perlu bijak mengatur jadual hariannya.
"Sememangnya ini satu perkara yang baru buat saya, dan saya harus menjaga garis panduan yang telah ditetapkan untuk seorang juruhebah.
"Dalam bidang lakonan pula, ia juga perlulah mengikut jadual kerja saya sebagai juruhebah kerana ia kini sudah menjadi kerja tetap saya.
"Saya masih boleh berlakon, selepas tamat siaran iaitu selepas pukul 10 pagi, tetapi saya rasa mungkin juga lakonan akan dikurangkan kerana terikat dengan perkara ini,"jelas Johan.

Tuahnya bermula apabila dia menyertai program realiti, Raja lawak musim yang pertama kira-kira lima tahun yang lalu, biarpun pada ketika itu, tiada rezeki untuknya menggenggam gelaran juara, namun nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, atau Johan sudah mula mendapat perhatian dan kemudiannya diberi peluang untuk mengendalikan rancangan Raja lawak itu sebagai hos bersama-sama Zizan Razak.

Daripada situ, nama Johan dan Zizan semakin menjadi perhatian dan sehingga kini, kedua-dua mereka mempunyai kelompok peminat yang tersendiri didalam dunia lakonan ini.

Sentiasa mengejar peluang untuk maju kehadapan, Johan tidak pernah berhenti daripada mencuba sesuatu yang baru. Menerima tawaran daripada pihak radio ERA untuk menjadi menjadi salah seorang daripada ahli keluarga ERA.FM, Johan kini sudah mula keudara di radio popular itu pada setiap hari Sabtu jam 7 hingga 11 pagi.

Ternyata usahanya itu membuahkan hasil apabila slot khas buatnya itu begitu mendapat sambutan, lantas dia kini ditawarkan untuk menyertai slot, Riuh Pagi era dan bergandingan bersama Aznil Hj Nawawi, Ray dan Haniff.

"Alhamdulillah, rezeki saya, isteri, anak dan keluarga nampaknya semakin bertambah tahun ini apabila saya dipelawa oleh Radio ERA untuk menyertai mereka.

"Sejak sebulan yang lalu, saya sudah mula bersiaran setiap hari sabtu jam 7 hingga 11 pagi dengan ditemani oleh penyampai radio ERA yang lain seperti Adi, Ray dan yang lain-lainnya.

"Melihat pada sambutan yang diberikan oleh peminat, pihak radio ERA ada menawarkan saya untuk menyertai Riuh Pagi ERA bermula November ini.

"Biarpun pada ketika ini masih belum ada kata putus lagi, namun untuk kedua-dua pihak, kami sudah bersetuju untuk bekerjasama.

"Ini perkara baru buat saya, namun saya harus menerima tawaran ini untuk menjaga keperluan anak dan isteri. Apa sahaja yang dirasakan berbaloi untuk kami, saya akan cuba untuk bertolak ansur.

"Saya perlu bekerja kuat untuk menyimpan wang, kerana sebagai artis, saya tidak ada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk masa depan anak-anak saya nanti,"jelas Johan.

Tidak Mencarut

Melihat pada kepetahannya berkata-kata, sudah tentu tugas barunya sebagai seorang penyampai radio nanti bukan satu tugas yang sukar. Namun, menambah lagi satu kerjaya dalam profile hidupnya, sudah tentu Johan perlu bijak mengatur jadual hariannya.

"Sememangnya ini satu perkara yang baru buat saya, dan saya harus menjaga garis panduan yang telah ditetapkan untuk seorang penyampai radio.

"Dalam bidang lakonan pula, ia juga perlulah mengikut jadual kerja saya sebagai penyampai radio kerana ia kini sudah menjadi kerja tetap saya.

"Saya masih boleh berlakon, selepas tamat siaran iaitu selepas pukul 10 pagi, tetapi saya rasa mungkin juga lakonan akan dikurangkan kerana terikat dengan perkara ini,"jelas Johan.

Tak Galakkan Isteri Berlakon

Bertanyakan perihal isterinya yang kini kelihatan sudah tidak lagi begitu aktif dalam dunia lakonan, luah Johan, dia sebenarnya tidak menggalakkan Ozlyn untuk berlakon kerana mahu isterinya itu sentiasa berada bersamanya.

"Setiap kali gaji, saya akan serahkan semua wang saya kepadanya, dan saya katakan pada Ozlyn, sekuranya dia boleh terima gaji lebih daripada apa yang saya berikan padanya, dia boleh teruskan untuk berlakon.

"Saya tak sarankan dia aktif dalam lakonan, sebab kalau boleh saya mahu dia sentiasa ada disamping saya. Sekiranya saya sibuk di lokasi penggambaran, ada kalanya saya tidak sempat untuk bertemu anak saya dirumah, jadi tugasnya adalah mengambil anak dirumah dan bawa bertemu saya dilokasi.

"Selain itu, tugasnya juga adalah jadi pemerhati saya ketika dilokasi. Selain ada pengarah, saya juga mahu isteri saya memerhatikan lakonan saya sama ada ia sesuai ataupun tidak.

"Isteri saya adalah orang yang terbaik berada disamping saya. Kalau saya bengkok, dialah orang banyak meluruskan saya semula,"luah Johan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: