Tuesday, September 27, 2011

MPI sasar jual hartanah bernilai RM200j



Malaysia Property Incorporated (MPI), agensi kerajaan bukan-keuntungan di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), menyasarkan untuk menjual hartanah Malaysia bernilai RM200 juta di Singapura tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kumar Tharmalingam berkata, hasrat mereka ialah mempromosikan Malaysia sebagai syurga selamat untuk menyimpan wang para pelabur dan mendapat maklum balas positif, terutamanya di China, India, Indonesia dan Singapura.

“Sebagai pemadan dan fasilitator untuk melabur di Malaysia, pejabat MPI Singapura dan galeri pameran memberikan pelabur akses terus kepada maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan pelaburan serta sebagai platform untuk perbadanan berkaitan swasta dan kerajaan bagi mengetengahkan rangkaian produk dan perkhidmatan mereka,” katanya.

Kumar berkata, antara Oktober tahun lalu dan Ogos tahun ini, kira-kira RM114 juta hartanah Malaysia, kebanyakannya di Pulau Pinang, Lembah Klang dan Johor Bahru, telah dijual kepada warga Singapura.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: