
Syarikat Hush Puppies yang berpusat di Rockford, Michigan meluaskan pasarannya ke peringkat global menggunakan jenama Hush Puppies. Sehingga kini, ia menembusi pasaran di lebih 120 negara seluruh dunia.
Selain produk kasut, Hush Puppies turut menggunakan cap dagang yang sama untuk produk kaca mata hitam; mainan mewah dan pakaian.
Hush Puppies menggunakan imej seekor anjing Basset Hound sebagai logonya.
Syarikat Hush Puppies ditubuhkan pada 1958 oleh Wolverine. Jenama dan maskotnya dicipta oleh pengurus jualan pertamanya, James Gaylord Muir.
Pada awalnya, sebuah agensi pengiklanan memberi idea ‘Laser’ sebagai nama untuk produk tersebut. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan menembusi pasaran jualan di Amerika Syarikat, Muir telah singgah makan malam bersama seorang jurujual di bahagian Tenggara negara tersebut.
Dalam menu makan tersebut, turut dihidangkan makanan tradisional Amerika Selatan iaitu sejenis bebola jagung goreng. Muir yang teruja dengan makanan itu, bertanya mengenainya dan dia diberitahu makanan itu dikenali sebagai ‘hush puppy’.
Selain itu, Muir turut diberitahu, Hush puppy adalah makanan yang sering dilemparkan petani kepada anjing dan salah satu makanan menenangkan.
Melihat daripada aspek itu, Muir mula berfikir. Dia mendapat ilham bahawa nama ‘hush puppy’ adalah nama yang sesuai kerana produk kasut keluaran syarikatnya adalah sebuah rekaan kasut yang selesa dan menenangkan apabila dipakai.
Pada 1994, Hush Puppies tiba-tiba menjadi popular di kelab dan bar di pusat bandar Manhattan, di mana orang-orang muda membelinya di kedai kasut kecil.
Pada musim gugur 1995, tiga selebriti iaitu John Bartlett, Anna Sui, dan Joel Fitzpatrick telah diundang sebagai figura dalam koleksi Hush Puppies.
Sejak itu, berlandaskan khabar dari mulut ke mulut, Wolverine berjaya menjual 430,000 pasang kasut, dan empat kali ganda lebih berbading pada tahun berikutnya. Sumber-http://en.wikipedia.org/wiki/Hush_Puppies.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: