
Kad sim itu dimuatkan dengan kredit prabayar sebanyak 25 Saudi Riyal dan menawarkan para pelanggan masa bercakap percuma selama 40 minit.
Untuk menjayakan hasrat itu Maxis akan bekerjasama dengan Tabung Haji dan kad SIM ini akan diagihkan secara percuma kepada jemaah Haji di beberapa lokasi balai berlepas, iaitu di Selangor (Kelana Jaya), Johor Bahru, Pulau Pinang, Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching, sebelum mereka berangkat ke Arab Saudi.
Secara keseluruhan, Maxis akan mengedarkan 17,000 SIM kad khas STC kepada jemaah Haji.
Penawaran perkhidmatan baru daripada Maxis itu diumumkan bersempena dengan pelancaran program ‘Sahabat Korporat Tabung Haji’ yang diadakan di ibu pejabat Lembaga Tabung Haji.
Naib Presiden Hubungan Korporat Maxis, Mariam Bevi Batcha telah menyampaikan cek bernilai RM750,000, iaitu nilai sumbangan Maxis dalam bentuk perkhidmatan dan produk komunikasi kepada Lembaga Tabung Haji.
Menurutnya, Maxis amat berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam program Sahabat Korporat Tabung Haji untuk tahun keempat berturut-turut.
Katanya, pelanggan pascabayar Maxis boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak 30 peratus untuk panggilan suara perantauan yang dibuat ke Malaysia, sama ada untuk kedua-dua nombor tetap dan mudah alih. Tawaran ini sah bermula 1 Oktober hingga 15 Disember 2011.
Pelanggan pascabayar perantauan Maxis juga dapat menikmati perantauan data tanpa had untuk RM48 sehari pada masa yang sama.
“Maxis komited untuk terus meningkatkan tawaran perkhidmatan kepada jemaah supaya mereka menikmati ketenangan fikiran semasa mengerjakan ibadah Haji dan Umrah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: