Tuesday, September 13, 2011

Shahiezy sempat rehat panjang

Tahun ini pelakon paling popular, Shahiezy Sam sangat sibuk di lokasi penggambaran filem. Selesai sahaja penggambaran satu projek dia sudah bersedia untuk latihan watak filem berikutnya.

Masih ada lapan buah filem lakonannya yang belum ditayangkan. Dia juga sedang mempersiapkan diri untuk berlakon beberapa buah filem lagi, termasuk terbitan BZ 2121 Production milik kakaknya, Zizie Ezzette.

Sibuk sehingga tiada masa fikir cinta.

Disokong keluarga

Bermula cuti Hari Raya Aidilfitri, Shahiezy mengambil cuti panjang. Sehingga November dia tidak akan ke lokasi penggambaran kerana mahu berehat. Bukan berehat kosong, sebaliknya dia sedang mempersiapkan diri untuk memulakan filem di bawah BZ 2121.

"Saya tak sempat nak berlakon drama... bukan tak mahu sebaliknya saya tiada masa. Bayangkanlah! Selepas selesai sebuah filem, biasanya saya hanya ada masa dua minggu sahaja untuk memulakan filem berikutnya. Memang tak sempat nak terima tawaran berlakon drama.

"Memang penat... tapi inilah kerja saya," katanya semasa di temui pada majlis rumah terbuka di rumah Zizie di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Saya bukan penentu kejayaan filem

Shahiezy menjadi buruan pengarah dan penerbit kerana filem lakonannya sekarang mendapat kutipan memberangsangkan. Namun dia sedar masanya berana di puncak bukan selama-lamanya.

"Saya tak fikir asal ada Shahiezy Sam saja filem itu akan laku... suatu masa nanti masanya akan habis bila ada hero baru lain nanti. Saya sudah bersedia untuk melalui masa itu dan merancang sesuatu untuk melaluinya.

"Saya tak dapat nak mengelak kalau ada yang kata lakonan saya nampak streotype sebab sering membawakan watak yang sama. Di Malaysia ini kita kena buat filem ikut kehendak penonton kalau mahu berjaya.

"Malah filem yang akan kami terbitkan juga masih mengelakalkan genre aksi dan komedi," akui Shahiezy lagi.

Gaya bintang popular

Tak dapat uruskan diri sendiri

Ada juga terdengar yang Shahiezy akan meninggalkan pengurusan MIG Talents untuk membawa diri sendiri setelah bergelar pelakon popular. Apatah lagi dia tak payah mencari tawaran berlakon, sebaliknya tawaran datang kepadanya.

"Saya masih di bawah pengurusan MIG. Saya tak ada masalah dan mereka mengurus saya dengan baik, jadi saya masih kekal bersama mereka.

"Saya tak pernah terfikir untuk menguruskan diri sendiri kerana saya sangat sibuk. Saya tak boleh nak mengatur jadual saya sendiri dan saya memang perlu ada pengurus.

"Kalau awak tanya saya, apa aktiviti saya esok, saya memang tak tahu. Saya kena tanya pihak pengurusan saya dulu," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: