Sunday, September 18, 2011

Firefly perkenal laluan Subang-Kuantan



Berikutan permintaan popular, Firefly akan memperkenalkan semula laluan Subang–Kuantan–Subang dengan perkhidmatan dua kali sehari bermula 30 Oktober ini.

Perkhidmatan itu digantung pada 2009, disebabkan kekurangan pesawat, kata Firefly dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Firefly, Datuk Eddy Leong berkata; “Kami kini mampu untuk memenuhi banyak permintaan bagi laluan ini kerana kami akan menerima serahan dua pesawat baharu ATR72-500 pada bulan depan.

“Kedua-dua pesawat itu akan berpangkalan di Subang.”

Leong berkata, Firefly menjangkakan laluan Subang–Kuantan mendapat sambutan dan yakin memperoleh pelanggan daripada pengunjung perniagaan serta mereka yang mengunjungi rakan dan saudara mara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: