Sunday, September 18, 2011

Artis kita prihatin!



Keprihatinan Hero Malaya, anjuran Aznil Haji Nawawi, bagi membantu artis kurang bernasib baik, tidak lama dulu, pernah mencuri tumpuan ramai. Kini tugas murni itu diteruskan selebriti lain.

Kali ini nama-nama seperti, Khai AF, Rosma AF, Max 24, Farah Asyikin, Mimmi Haris, Lokman OIAM, Erry Putra, Ryzal Jaafar, Azlee Khairee, Ika Mentor, Daus AF dan kumpulan X-factor, meluangkan masa membantu golongan gelandangan di sekitar ibu kota.

Program Majlis Amal Raya 1Malaysia anjuran Supreme Stussy & Bape Entertainment, bertujuan memberi sumbangan barangan sempena Hari Raya kepada golongan gelandangan yang kurang bernasib baik dalam menyambut perayaan merdeka raya.

Program yang bermula lewat jam 1 pagi ini, menyaksikan artis dan selebriti berkumpul di hadapan Pusat Belia Kuala Lumpur. Mereka seterusnya dibawa ke beberapa kawasan yang menjadi lokasi utama golongan gelandangan menggunakan 15 kenderaan yang disediakan kelab kereta Prosboc.

Antara lokasi gelandangan ialah, Jalan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Puduraya.

Program itu berjaya mengumpul kan lebih 50 gelandangan dan mereka diraikan dalam satu jamuan sambil menyaksikan persembahan beberapa artis sebelum acara amal menggunting rambut dan sumbangan dilakukan.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr Junaidi Abd Wahab dan Pengerusi Perdasana, Datuk Sohaimi Shahadan turut hadir menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: