Sunday, September 18, 2011

AmBank lancar akaun baru



AmBank Group Bhd menyasarkan 10 peratus daripada kira-kira 15,000 pelajar baru Malaysia ke Australia setiap tahun, membuka akaun di bawah produk baru dilancarkannya, AmBank-ANZ Get Set Solution.

AmBank-ANZ Get Set Solution adalah kolaborasi antara AmBank Group dengan Australia dan New Zealand Banking Group Ltd (ANZ), yang membolehkan pelajar berhasrat mengikuti pengajian di Australia, terlebih dahulu membuka akaun pelajar ANZ Access Advantage di Malaysia untuk memudahkan pemindahan wang.

Pengurus Besar Kanan AmBank Group, Wong Jee Seng berkata, dengan penyelesaian AmBank-ANZ itu, ibu bapa lebih mudah menguruskan perbelanjaan anak mereka di luar negara, tanpa perlu bimbang tentang tempoh panjang untuk memindahkan wang dari Malaysia ke Australia.

“Penyelesaian AmBank-ANZ diadakan khas dengan kemudahan pemindahan wang yang mudah dan selamat, kadar pertukaran asing keutamaan, caj penghantaran wang lebih rendah dan mata ganjaran AmBonus berganda bagi yuran pendidikan dan tiket penerbangan dibeli melalui kad AmBank,” katanya selepas pelancaran penyelesaian itu di Kuala Lumpur.

Bagi memperingati pelancaran itu, Jee Seng berkata, AmBank akan memberi rebat kepada semua caj penghantaran wang ke atas pemindahan wang ke akaun pelajar ANZ mulai 15 September hingga 31 Disember ini.

Satu peraduan dianjurkan dari 15 September 2011 hingga 31 Mac 2012 untuk memberikan hadiah kepada empat pelanggan AmBank-ANZ yang bertuah, dalam bentuk tiket penerbangan pergi balik untuk mengunjungi anak mereka di Australia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: