Tuesday, September 27, 2011

Koperasi kecil digalak bergabung



Koperasi kecil (mikro) lebih baik bergabung dengan koperasi besar bagi mewujudkan modal yang lebih besar sekaligus membolehkannya menceburi bidang perniagaan besar dan menguntungkan, seperti industri komunikasi yang menjanjikan keuntungan besar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penglibatan beberapa koperasi dalam sektor berteknologi tinggi dengan berskala besar kini sudah menampakkan hasil yang membanggakan.

Menurutnya, sebanyak 85 peratus daripada lebih 8,000 koperasi di negara ini merupakan koperasi kecil yang pendapatan perniagaannya setahun tidak melebihi RM250,000.

“Lebih besar koperasinya, lebih besar gabungannya. Maka lebih banyak modal yang mereka perolehi dan lebih banyak peluang mereka untuk terlibat di dalam bidang yang lebih besar.”

“Kalau mereka tidak mempunyai modal yang cukup bermakna mereka hanya boleh terlibat dalam sektor dan perniagaan sara diri yang mana hanya untuk kepentingan ahli-ahli sahaja. Akhirnya mereka tak berkembang,” katanya.

Tambahnya, kerajaan menyasarkan sumbangan koperasi sebanyak 10 peratus dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: