|
|
PELAKON berbadan sasa ini sememangnya memiliki aura tersendiri sehingga dia mampu meletakkan dirinya sebagai pelakon filem aksi popular. Mula dikenali peminat filem menerusi filem xXx dan Pitch Black, Vin Diesel memang cukup serasi dengan filem-filem aksi dan memiliki kelompok peminatnya sendiri.
Namanya terus berada di puncak apabila membintangi filem Fast & the Furious pada tahun 2001 dan tiga filem susulannya selepas itu.
Dengan kelebihan yang ada pada dirinya itu, maka tidak hairanlah apabila nama Vin Diesel menjadi pilihan utama untuk membintangi filem Terminator versi baru.
Lebih-lebih lagi, selepas pengarah Justin Lin dan penulis skrip, Chris Morgan dikatakan sudah pun bersetuju untuk bekerjasama menghasilkan lakon layar filem versi baru Terminator itu.
Apabila diajukan tentang kesahihan Vin Diesel sebagai Terminator baru, Lin tidak menolak kemungkinan itu.
“Saya sudah bekerjasama dengan Vin Diesel sejak filem pertama Fast & the Furious lagi. Dia memang seorang pelakon yang hebat dan senang sekali untuk bekerja dengannya.
“Malah, kami juga ada berbincang tentang filem baru Terminator ini dan ternyata, kami cukup teruja tentangnya. Rasanya dia juga mampu membawa watak itu sehebat Arnold Schwarzenegger.
“Apa pun yang terjadi, kita hanya tunggu dan lihat sahaja,” ujarnya sambil menyimpul senyum penuh makna.
Buat masa ini, Lin dan Vin Diesel sibuk mempromosikan filem kelima dalam siri Fast & the Furious iaitu Fast Five.
Empat filem Terminator iaitu The Terminator (1984), Terminator 2: Judgement Day (1991), Terminator 3: Rise of the Machines (2003) dan Terminator Salvation (2009) telah mencatatkan kutipan tiket sebanyak AS$1.4 billion (RM4.2 billion) di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: