Friday, April 29, 2011

Mudarat gula berlebihan




PENGAMBILAN makanan yang tidak seimbang dalam kalangan kanak-kanak punca utama mereka terjebak dengan pelbagai masalah kesihatan sejak kecil. Sama ada masalah kesihatan seperti penyakit hingga kepada masalah fizikal, semuanya dikaitkan dengan amalan pemakanan yang tidak sihat.

Pemanis dalam makanan kandungan boleh memberikan pelbagai kesan yang tidak diingini.

“Kanak-kanak adalah kumpulan penggemar makanan manis yang harus dikawal kerana makanan mereka mempunyai kandungan gula yang tinggi!” demikian amaran yang diberikan oleh Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam pada majlis pengenalan produk tenusu, susu tepung berfomula bagi kanak-kanak, Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan di Kula Lumpur baru-baru ini.

Beliau memberitahu, perspektif umum iaitu kanak-kanak yang gemuk dan besar adalah sihat sebenarnya adalah salah sama sekali. Malah mereka mungkin mempunyai kalori dan lemak selain berpotensi membesar sebagai dewasa obes.

Indra berpendapat, kanak-kanak di Malaysia mungkin bermasalah jika ibu bapa dan penjaga kurang arif mengenai jumlah kandungan gula yang sepatutnya diambil setiap hari.

Statistik mendedahkan, 5.4 peratus kanak-kanak Malaysia obes dan 6.8 peratus daripada mereka berumur dalam lingkungan antara 7 hingga 9 tahun, manakala 6.4 peratus dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun.

“Ia satu pendedahan yang tidak sihat. Pengambilan gula dalam kalangan kanak-kanak mengikut usia iaitu lima hingga enam sudu kecil bagi kanak-kanak yang berumur antara 2 hingga 8 tahun dan tidak lebih 10 sudu kecil bagi dewasa,” katanya.

Bagaimanapun, Indra mengakui pengambilan gula secara purata bagi setiap orang di Malaysia melebihi 24 sudu kecil.


DIDIKAN mengenai makanan seimbang perlu dilakukan secara berperingkat.


Ada kalangan ibu bapa yang tidak mengendahkan jika anak mereka enggan ber sarapan. “Tindakan itu boleh menyebabkan anak-anak cepat lapar dan mereka mengidam serta makan makanan yang manis. Ini boleh meningkatkan kadar gula, kalori dan sekali gus menyebabkan mereka obes,” katanya yang menggesa ibu bapa agar prihatin terhadap amalan makanan.

Pangambilan gula yang berlebihan bukan sahaja menjadikan seseorang obes tetapi turut menyumbang kepada masalah kaviti gigi akibat kekurangan mikronutrien dan diabetes.

Ditanya tentang kandungan pemanis, Indra memberitahu, amnya, istilah manisan boleh ditafsirkan dalam pelbagai nama. Antaranya sirup jagung, sirup glukosa, gula merah, molasses, treacle, gula melaka, madu, fruktosa, dan sukrosa.

“Ingat, semua nama ini adalah panggilan lain bagi gula” katanya.

Label makanan

Amnya, kandungan gula, menurut Indra akan dilabel sama ada bersama karbohidrat atau dengan nama-nama yang diberikan tadi. “Kandungan dalam label makanan dinyatakan mengikut jumlah yang banyak kepada yang paling kecil. Jika anda lihat nama-nama gula ini berada pada bacaan permulaan, kedua atau ketiga, maka ketahuilah makanan itu mempunyai elemen pemanis yang sangat tinggi,” katanya.

Indra menyarankan agar ibu bapa bijak dalam menangani masalah pengambilan gula berlebihan dalam kalangan kanak-kanak. Jelas beliau, didikan mengenai makanan seimbang perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan matang.

“Jangan sekat terus sekali gus tetapi cuba fahamkan dan ajar mereka. Kanak-kanak cukup pandai, mereka akan faham. Satu lagi, jangan sekali-sekali hadiahkan mereka dengan makanan bergula. Itu satu lagi tindakan yang salah, tetapi kita sering lakukan,” katanya merujuk kepada amalan memberi gula-gula, coklat, aiskrim, donut dan sebagainya sebagai ganjaran.

Indra mahu ibu bapa memulakan amalan makanan berkhasiat di rumah dengan menjadi contoh yang baik. Ibu bapa adalah orang pertama yang perlu mengamalkan makanan sihat, bijak memilih makanan, masakan dan cuba gunakan amaun gula yang kecil dalam apa jua persiapan makanan. Ibu bapa juga disaran sentiasa peka terhadap kandungan gula dalam makanan yang dibeli di luar.

2 comments:

  1. Yes. I totally agree with your post here. :) especially bila i nmpk rmai parents are solely depending on the milk formula for children nutrition which is so not right to me, where they need more balance meal (solid food)in terms of different variety & nutrients for the kids. Kebykan susu skrg adalah manis, tmbahan pula ada perisa coklat dan madu. perisa ini cuma utk attract more kids to drink it, in terms of nutrition sbnarnya xde pape benefits kn? setahu saya, susu yg berperisa ini akan secara x lgsung melatih sel perisa lidah anak kte use to the sweetness dan bila dia da stop minum susu tuh, they will look for sweets, chocolates and junkfood which is so much strong flavours than other food. yg paling buat i geram baru2 ini, ada susu yg ingin exploit the consumers' rights on advertising, telling mothers how sweet is their kids milk, indirectly teaching mothers (who believes so much into the advertisements) to check how many tablespoons of sugars is in the milk. Lega hati i bila i dpt tahu bhw kerajaaan (MOH) bg warning kat company tersebut dan minta menarik smua iklan2 TV and any brochures yg bkaitan kat klinik2. As a nutritionist, i hardly bear to see this happen in my country. luckily, the Malaysia government take the right action or else there could be more mothers kena tipu and think their formula is not sweet at all---which is so not true!

    ReplyDelete
  2. Thumbs up Lucifer.Mmg bagus MOH ambil tindakan atas false advertising. dunno how many mothers ikut kata iklan tu. ish ish Nutrition society pun ada feedback atas isu ni - baru2 ada artikel kat Harian Metro http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Susumakananlengkapuntuksemua/Article

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: