Datuk M Daud Kilau
Yalah, sekali-sekala melihat artis veteran yang glamor seperti Daud Kilau, pastinya ada yang terpegun. Apatah lagi dengan penampilannya yang memang tidak pernah kalah itu.Apabila Cik Normah tanya mereka mengenai niat kedatangan penghibur terbabit, seorang daripada mereka dengan bersungguh-sungguh bercerita, si empunya diri hadir untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan penganjur sebuah persembahan yang dijayakannya 21 April lalu. Pada hari terbabit, katanya, dia menerima undangan mengadakan persembahan untuk menghiburkan golongan pesara, kalau tidak silap pendengaran mereka.
Kononnya, sebelum majlis itu berlangsung, pihak penganjur ada bertanyakan kepadanya, apakah dia memerlukan tempat penginapan, kerana acara terbabit diadakan di Perak. Penyanyi ini pun beritahu, dia memang memerlukan bilik bagi menjayakan majlis itu.
Sebelum acara dilangsungkan, sebanyak 50 peratus bayaran diterima sudah pun diserahkan kepadanya. Manakala sebahagian lagi akan diserahkan pada hari persembahan.
Tetapi, ketika penghibur ini mengadakan persembahan, wang selebihnya dikatakan diserahkan kepada isterinya. Yang tidak sedap didengarnya, apabila dia membilang wang berkenaan, jumlahnya kekurangan RM150. Eh, ke mana pula perginya wang itu? Sedangkan, si isteri langsung tidak mengusik wang terbabit.
Kemudian, dia pun cubalah menghubungi balik penganjur tadi, untuk bertanyakan mengenai jumlah yang dikatakan berkurangan daripada apa yang dijanjikan.
Tetapi, banyak kali panggilannya tidak berjawab. Selepas beberapa ketika panggilan tidak berangkat, akhirnya si penganjur berjaya dihubungi juga.
Namun, apabila dia bertanyakan hal itu kepada tuan punya badan, penganjur berkenaan menegaskan, wang itu dipotong bagi membayar penginapan artis terbabit.
Terkejut jugalah penyanyi veteran ini kerana sepanjang kariernya yang sudah berdekad lama, tidak pernah pun penganjur memotong harga bilik daripada wang bayaran persembahannya. Inilah kali pertama dia berdepan insiden sedemikian.
Katanya lagi, kalau pihak penganjur sejak awal-awal lagi memaklumkan harga bilik penginapan akan dipotong daripada bayaran persembahannya, dia tidak kisah. Ini tidak, tanpa apa-apa amaran, macam itu saja jumlah berkenaan dipotong daripada bayaran yang sepatutnya menjadi miliknya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: