Zahiril dan Shera
Ramai sudah maklum kedua-dua pelakon ini memang hangat bercinta dan mempunyai perancangan untuk bernikah. Mereka memang tidak berselindung seperti sesetengah pasangan lain, yang Cik Normah pun setuju dengan langkah Zahiril dan Shera yang cepat-cepat bertunang, sebelum hubungan mereka diperkatakan orang.Kepada mereka berdua, Cik Normah ucapkan selamat bertunang, semoga jodoh pelakon filem Senjakala dan pelakon Karak yang juga pengacara My TV3 ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin, seterusnya berbahagia hingga ke anak cucu.
Ketika episod pertama drama itu ditayangkan Isnin lalu, sejumlah 2.4 juta tontonan dicatatkan. Rating yang begitu baik khabarnya cukup menggembirakan semua pihak, termasuklah orang TV3. Drama berkenaan diterbitkan oleh Kabir Bhatia dan diarahkan Faizal Ishak.
Nampaknya, produk daripada Filmscape memang ditunggu-tunggu ramai. Entahlah, seperti ada jaminan drama keluaran syarikat terbabit pasti memaparkan sesuatu yang istimewa, sehingga ramai penonton melekat depan TV untuk menontonnya.
Selepas Nur Kasih, Kekasih Ku Seru, Gemilang dan beberapa lagi drama, mereka terus berusaha untuk menggamit perhatian peminat dengan produk yang boleh diharap. Cik Normah sendiri ada kalanya terpegun depan televisyen melayan cerita terbitan syarikat berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: