Semua peminat tahu status deejay Suria FM, DJ Lin sebagai ibu tunggal sejak lima tahun. Status itu bukanlah penamat langkah untuk bangkit dan mencapai kejayaan. Lin tidak pernah mengalah, sebab itulah dia masih tegap berdiri sehingga hari ini. Pengalaman yang dilaluinya akan digunakan untuk memberi motivasi kepada wanita senasib untuk memberi semangat kepada mereka melalui hidup. Bukan mahu membangga diri, sebaliknya mahu berkongsi pengalaman yang dia ada. Itulah sebahagian tugasnya; mendekati golongan ibu tunggal dalam projek amal yang disertainya sebagai duta kepada kereta Proton Persona. "Semasa berpisah dengan bekas suami, saya tiada apa-apa. Saya benar-benar bermula daripada sifar. Saya tak mahu mengalah kerana saya ada tugas membesarkan dua anak saya. "Saya menganggap apa yang saya lalui pada masa itu sebagai cabaran kepada saya dan saya harus meredah cabaran itu. Saya yakin ada hikmah di sebalik dugaan yang Allah memberikan kepada saya itu. Sebagai orang Islam saya percaya itulah Qada dan Qadar yang saya kena lalui. "Itulah antara yang boleh saya kongsi dengan ibu tunggal dalam program yang akan saya jalankan. Saya percaya ada wanita yang akan rasa rendah diri dan putus semangat apabila bergelar ibu tunggal. "Saya akan mendekati mereka dan akan berkongsi pengalaman saya dengan mereka," kata Lin semasa ditemui dalam sidang media perlantikannya sebagai duta Proton Persona di Kuala Lumpur semalam. Selain DJ Lin yang akan bersama-sama sasaran Melayu, DJ Aanantha (THR) akan terlibat secara dekat dengan belia India manakala DJ Jack Lim (My FM) pula akan mendekati golongan dewasa kaum Cina. Selain program amal itu, Lin juga akan terlibat dalam drama ringkas yang berkisar kepada kisah hidupnya yang akan disiarkan dalam slot Suria Pagi dan Suria Drive (petang). Dia sendiri akan berlakon dalam drama seminit itu. Berbaik semula? Ada juga desas-desus mengatakan pemenang anugerah deejay wanita terbaik Anugerah Sri Angkasa 2010 itu akan rujuk semula dengan bekas suami. Kononnya demi anak-anak. "Saya akui tahun ini tiba-tiba anak meminta saya rujuk semula dengan bekas suami. Saya tiada jawapan dan hanya menangis dalam hati bila anak-anak membuat permintaan yang tak pernah disuarakan sebelum ini. Apatah lagi mereka menangis dulu sebelum bertanya. "Kalaulah hati saya terbuka untuk kembali kepada bekas suami, semuanya saya lakukan kerana anak-anak. Sebagai ibu, saya utamakan anak-anak lebih daripada kehendak saya sendiri. "Banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum membuat keputusan. Adakah kami benar-benar bersedia, bagaimana penerimaan keluarga, perbezaan dunia kami sekarang dan sebagainya. "Saya tiada jawapan hari ini, sebab itulah saya akan ke Mekah untuk mengerjakan umrah nanti dan akan meminta petunjuk di sana. "Kami tak pernah berbincang pasal itu pun, hanya anak-anak yang cuba menyambung ikatan kami. Rumah saya dengan rumah bekas suami berdekatan, hanya selang beberapa rumah. Perhubungan saya dengan bekas suami hanyalah pasal anak-anak," kata Lin. |
Thursday, April 28, 2011
DJ Lin motivasi ibu tunggal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: