KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan melakukan operasi besar-besaran bagi mendaftarkan pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi tanpa lesen di seluruh negara bulan depan.
Ketua Pengarahnya, Hadzir Mohd. Zain berkata, menerusi pendaftaran itu, semua pusat jagaan terbabit akan layak menerima bantuan termasuk kewangan bagi membiayai operasi mereka.
"Kita tidak akan menyuruh mereka menutup operasi tetapi kita akan cuba nasihati mereka supaya mendaftar dengan kita," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata, terdapat 914 pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi secara haram di negara ini.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur yang turut hadir, menafikan berlaku kes penderaan di sebuah rumah jagaan kanak-kanak di Puchong seperti yang dilaporkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: