Thursday, April 28, 2011

Pengalaman 3D memukau


TV LED Samsung yang dipertingkatkan kualiti imej dan sistem bunyi 3D.


TAHUN 2011 membawa Samsung ke satu dimensi sistem hiburan rumah yang lebih hebat dan bergaya dengan pelancaran televisyen (TV) Smart 3D LED, TV plasma dan pemain sistem hiburan rumah Blu-ray baru-baru ini.

Model pilihan Samsung itu menawarkan hab pintar baru yang menyediakan capaian sebaran kandungan dan pilihan aplikasi yang menyeluruh.

Justeru, era baru TV muncul dengan pengenalan TV LED Samsung Siri D8000 resolusi penuh HD. Ia telah menerima anugerah Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (CES) 2011 baru-baru ini.

Ciri-cirinya yang unik, reka bentuk canggih dan bahagian luar yang nipis adalah teknologi paling terkedepan menjadikan siri D8000 pilihan hiburan rumah masa kini.

Bermula dengan reka bentuk menarik, siri D8000 menggunakan pendekatan minimum, bersih dan sesuai dengan keadaan sekeliling.

Ciri-ciri inovatif lain adalah ultra clear panel, micro dimming, clear motion rate 800Hz, digital noise filter, BD wise dan wide color enhancer plus membolehkan siri tersebut mempersembahkan imej penuh HD yang realistik.

Pada masa sama, Samsung turut memperbaiki keupayaan 3D dengan 3D sound, 3D hyper real engine serta peningkatan kaca mata 3D untuk pengalaman 3D yang lebih hebat.

TV LED berukuran 55 inci (139.7 cm) itu turut dilengkapi sambungan web dan ciri-ciri semakan lewa seperti Smart Hub, Your Video, Search All dan Web Browser yang mesra pengguna.

Dengan barisan penuh ciri-ciri mapan yang akan melengkapkan hiburan di rumah seperti ConnectShare movie, empat input HDMI, Anynet+, SRS Theater Sound menjadikan TV tersebut sebagai dunia hiburan paling canggih.

Selain itu, melalui Samsung AllShare, pengguna juga boleh membangunkan rangkaian rumah tanpa wayar malah, pengguna juga boleh menukar kandungan 2D kepada format 3D melalui 3D Converter.

Selain siri D8000, Samsung turut melancarkan TV model D7000, D6400, D5000 dan D4000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: