Ia anjuran bersama Jamu Mak Dara yang sinonim dengan pengasasnya, Ibu Halimah Shuib yang pernah dinobatkan sebagai Ratu Kebaya pada zaman remajanya beberapa kali. Malah sehingga hari ini kebaya masih menjadi fesyen pilihannya. Bengkel Cantik Sihat Pancaindera telah dimulakan sejak tahun 2007 dan ia telah disertai oleh lebih 10,000 wanita di seluruh negara. Acara akan diisi dengan sesi motivasi kecantikan yang akan dikelolakan oleh Ibu Halimah sendiri.
Bagi yang mahu langsing, produk Jamu Mak Dara sememangnya boleh membantu ke arah pelangsingan badan wanita. “Pemenang utama menerima wang tunai RM5,000, diberi peluang muncul dalam iklan Jamu Mak Dara, selain insentif melancong secara percuma dan layanan spa kelas pertama di salon kecantikan kami,” kata Pengarah Urusan Jamu Mak Dara, Syed Mohammad Gadaffi Syed Ali. Naib johan pula akan menerima hadiah wang tunai RM300 manakala tempat ketiga berjumlah RM150 dan hamper. Juara dari setiap negeri secara automatik layak ke peringkat akhir di Kuala Lumpur pada 3 Disember depan. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai bengkel dengan yuran penyertaan RM80 ini boleh menghubungi talian 019-2247191 (Kelly) dan 017-3448624 (Athirah) untuk pertanyaan lanjut. Selain itu, peserta juga akan dilengkapkan dengan petua-petua kecantikan daripada jururunding jemputan produk kecantikan terkenal, Forest’s Secret. Peserta di Pulau Pinang bertuah kerana bengkel itu akan diserikan oleh pelakon cantik Nanu Baharuddin. Pencarian Ratu Kebaya 2011 yang pertama di Shah Alam, Selangor pada minggu kedua Mac lalu memberikan banyak pengalaman berharga buat penganjurnya, akhbar Mingguan Malaysia dan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. | Mingguan Malaysia melalui sisipan Pancaindera membuka peluang kepada semua wanita untuk merebut hadiah bernilai RM5,000 melalui pertandingan Ratu Kebaya yang diadakan sempena program Bengkel Cantik Sihat Pancaindera 2011 di seluruh negara.
Thursday, April 28, 2011
Peluang orang utara jadi Ratu Kebaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: