|
|
ESOK seluruh dunia bakal menyaksikan perkahwinan gilang gemilang pewaris takhta Britain, William Arthur Phillips Louis Mountbatten-Windsor dengan Kate Middleton.
Perkahwinan diraja itu akan disiarkan secara langsung dari Westminster Abey, London, pada pukul 3 petang di stesen televisyen NTV7.
Siaran langsung itu selama lima jam setengah, berakhir pada kira-kira pukul 8.30 malam.
Perkahwinan William-Kate memang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Britain yang selama ini murung setelah kematian Lady Diana Spencer, ibu William.
Secara tidak langsung, perkahwinan William dan Kate mengembalikan nostalgia indah perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana Spencer pada 21 Jun 1981.
Aura Lady Diana dikatakan begitu kuat mempengaruhi rakyat Britain sehinggakan anak kepada Earl Spencer kelapan itu sentiasa dekat di hati rakyat Britian.
Tidak hairanlah dia digelar 'Puteri Berjiwa Rakyat' yang mana hari ini besar kemungkinan Kate merupakan pengganti terbaik Lady Diana.
Buat sekian lama rakyat Britain dahagakan kehadiran seorang puteri yang boleh diangkat sebagai ikon dan sanjungan setelah kehilangan Diana.
Kini rakyat Britain boleh bergantung harap kepada Kate untuk meneruskan legasi aura Diana dalam keluarga diraja Britain.
Rata-rata, ramai yang akan melihat apakah fesyen yang dibawa oleh Kate setanding dengan fenomena fesyen rambut Lady Diana yang menjadi ikutan kebanyakan wanita.
Yang pasti, William tidak akan mengalami nasib serupa seperti Charles yang mana ketika Diana di sisinya, Charles dibayangi oleh kemasyhuran mendiang puteri itu.
Berdasarkan tinjuan rambang yang dilakukan di Britain, William, 28, amat popular sehinggakan popularitinya mengatasi ayahandanya itu.
Desas desus juga kedengaran, rakyat Britain mahu William diangkat untuk menggantikan nendanya, Ratu Elizabeth 11.
Menyingkap sedikit perkenalan pasangan diraja itu, mereka mula berkenalan sekitar tahun 2001 ketika menuntut di Universiti St. Andrews, Scotland dan sering dilihat keluar bersama sejak dari itu.
Bermula dari situ, William yang setahun lebih muda daripada Kate membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 17 November tahun lalu.
Berita pertunangan mereka disambut dengan kesyukuran kerana pengganti Lady Diana telah muncul di alaf baru ini.
Pasti William bangga apabila Kate menjadi permaisurinya kerana cinta yang dipupuk selama ini, berakhir dengan ikatan perkahwinan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: