Friday, April 29, 2011

TM pegang hak jersi Panthera


DARI KIRI: Zamzamzairani, Halim, Ahmad Shabery, Tunku Imran dan Zolkples menunjukkan jersi Panthera pada sidang akhbar di Menara Telekom, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai pemegang hak eksklusif untuk pengeluaran dan pemasaran jersi rasmi atlet negara, Panthera.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman pelantikan itu antara TM, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) diadakan pada satu majlis ringkas di ibu negara semalam.

Pada majlis itu, pelancaran kempen sukan TM yang diberi nama Team Malaysia turut diadakan yang bertujuan melonjakkan sokongan terhadap perjuangan atlet-atlet negara.

TM juga diberi kebenaran melakukan segala aktiviti pemasaran, promosi dan hak perniagaan untuk menghasilkan serta mengedar barangan yang mempunyai logo MSN dan MOM.

Jersi Panthera hanya dipakai secara rasmi oleh atlet negara ketika beraksi dalam mana-mana temasya sukan di luar negara.

Namun setelah termeterai perjanjian itu, semua peminat sukan tanah air kini berpeluang untuk mendapatkannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: