Thursday, April 28, 2011

Tedung Selar FC tukar nama baharu


BARISAN pemain Amalan FC yang akan menduduki peperiksaan tetap bersemangat menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 bulan depan.


JOHOR BAHRU – Jadual padat menjelang peperiksaan akhir tidak menghalang pemain pasukan Amalan FC untuk menjalani latihan sebagai persiapan menyertai kejohanan Rentap Futsal Putrajaya 2 Kosmo! 2011 bulan depan.




Amalan FC atau nama asalnya Tedung Selar FC yang digunakan pada kejohanan edisi pertama tahun lepas terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Segamat. Mereka akan menduduki peperiksaan akhir awal bulan depan.

Pengurus pasukan, Hasbullah Mohamad berkata, meskipun sibuk mengulangkaji pelajaran, mereka tetap mempunyai masa untuk menjalani latihan dua kali seminggu.

“Saingan kejohanan itu memang sengit dan tanpa persiapan rapi, kami mungkin akan tersingkir awal seperti yang berlaku tahun lepas.

“Kerana itulah kami tetap mencuri masa untuk menjalani latihan meskipun peperiksaan sudah hampir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dalam pada itu, Hasbullah berkata, mereka berhasrat untuk menyertai kategori Larut Malam pada tahun ini.




Katanya, para pemain agak keletihan apabila terpaksa bermain dalam cuaca panas ketika bersaing dalam kategori Terbuka Lelaki pada kejohanan tahun lalu.

“Kami sudah berbincang dan kemungkinan besar akan bermain dalam kategori yang lain kali ini.

“Siapa tahu, dengan nama pasukan baharu dan juga kategori baharu, kami mungkin boleh menjadi juara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: