GEMBIRA...Maizawati bersama anak ketujuh.
KUALA LUMPUR: Bekas isteri penceramah bebas Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 35, selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan suami ketiga, Mohd Yassin Ben @ Abdul Rahim, 23, jam 4.08 pagi kelmarin.
Bayi lelaki seberat 2.86 kilogram itu dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur dinamakan Muhammad Qhalef Izz Qhusairy Mohd Yassin.
Maizawati berkata, kehadiran cahaya mata pertama buat dia dan suami akan menambah keharmonian rumah tangga yang dibina setahun lalu.
Menurutnya, meskipun suami tidak berada bersamanya di saat bayi dilahirkan berikutan tuntutan kerja di luar negeri, dia tetap bersyukur kerana ditemani anak perempuannya selain ahli keluarga terdekat.
“Saya berterima kasih kepada semua kakitangan hospital yang terbabit dalam memastikan proses kelahiran Qhalef berjalan lancar.
“Syukur tidak terhingga kerana bayi ini dilahirkan sihat dan tiada masalah. Terima kasih juga kepada suami yang sentiasa memberi sokongan moral di saat saya melalui saat getir itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Selain Muhammad Qhalef Izz Qhusairy, Maizawati turut mempunyai empat anak lelaki dan dua anak perempuan hasil dua perkahwinannya yang lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: